TIPS-TIPS YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM MELANCONG KE LUAR NEGARA
1.PASPORT
-Benda ini adalah yang paling penting kalau ingin melancong ke luar negara atau pun dalam malaysia sahaja kalau anda ingin melancong ke sabah dan sarawak. Pasport adalah aset yang penting dan pas untuk anda untuk bercuti ke luar negara kerana tanpa pasport tak boleh keluar dari negara Malaysia.
Selain itu,PENTING!!!! pastikan pasport mati bila!!!, kena ingat pasport kena hidup 6 bulan sebelum tarikh mati. Contohnya nak fly 14/2 , pasport kau mesti tarikh luput17/2 ke atas.
2.DUIT
Tipulah kalau nak melancong tak bawak duit kan? hahahah. Perlu ingat!! bawak duit Malaysia sikit sebab just in case kalau terjadinya benda yang tak diingini dan kita boleh tukar di negara orang tu. Ada ura-ura mengatakan yang kalau kita tukur duit kita dekat negara yang kita melancong tu, lagi murah berbanding kita tukar dekat negara kita sendiri.
3. Universal Travel Adapter
Benda ini adalah antara benda yang wajib kalau nak travel ke luar negara sebab setiap negara ada soket yang berlainan dan saya galakkan anda beli adapter di negara kita sebab lebih murah dan lebih berkualiti, dan saya sarankan anda beli Universal Travel Adapter ini di kedai Universal Traveller yang mempunyai banyak cawangan di negara kita.
4.Ubat
Ubat adalah penting kalau ketahanan individu itu tak kuat . Problem kalau kita selalu hadapi kalau melancong ialah pening dan sakit perut jadi, bawak ubat yang asas seperti panadol dan ubat untuk mencegah perut seperti pil chi kit teck aun.
5.Peta
Kita perlu ada peta negara yang kita tuju dan peta boleh didapati selepas kita sampai di lapangan terbang negara itu dan kita wajib study dan juga beberapa lokasi penting tempat korang tuju supaya senang tak gelabah bila nak sampai nanti. Selain itu, jangan lupa bawak tentatif program korang ke negara tersebut , contoh 1st day nak pergi mana, tulis siap2 lokasi dan anggaran masa. 2nd day pergi mana semua kena tulis dan setkan siap2 di Malaysia supaya masa korang di sana lebih terancang dan jimat masa.
No comments:
Post a Comment